Pages


1 Silat - Unity in Diversity

Wednesday 5 August 2009

Martial Arts Odyssey: Silat Guru Azlan




Brooklyn Monk, Antonio Graceffo heads to Malaysia to explore the martial arts of this fascinating peninsula. The population of Malaysia is composed largely of Chinese, Tamil, and Melayu people, all of whom have their own distinct brands of martial art.

Silat is the Melayu art, but each guru teaches his or her own, unique brand of the arts. Some focused on grappling, some on knife fighting, some on meditation, others on striking.

In Kuala Lumpur, Guru Azlan Ghanie teaches an internal style of Silat which stresses acomplete exercise program, similar to Tai Chi, which works all parts of the body, the joints and muscles, and includes breathing exercises.

At higher levels, students work with the curved Malaysian blade, the Keris. Azlan also teaches simple, effective self-defense techniques which require little or no energy. The art is extremely good for women and older people, but the health benefits are invaluable for anyone and everyone.

Sunday 2 August 2009

Pahlawan Melaka: Seni & Inspirasi

BANDA HILIR, 2 Ogos - Konsep 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukan hanya melahirkan masyarakat yang cintakan diri, budaya dan adat ketimuran malah dapat membasmi budaya negatif dan budaya asing yang merosakkan jatidiri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, konsep 1Malaysia adalah seni dan budaya, rakyat berbeza budaya, agama dan bahasa namun mempunyai satu jiwa iaitu jiwa.

Malaysia yang tahu menghargai dan menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia serta memegangnya sebagai satu eset yang boleh dibanggakan.

"1Malaysia juga menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain seadanya supaya kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara," katanya.

Mohd Ali berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pahlawan Melaka, Seni dan Inspirasi dan Majlis Jasamu Disanjung, Sembahmu Dijunjung yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam semalam.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman.

Majlis yang dianjurkan bersama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) cawangan Melaka, Menara Taming Sari (MTS) dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia merangkap Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Melaka, Datuk Yaakub Md. Amin; Presiden PSSCM Malaysia, Ishak Itam, Timbalan Presidennya, Datuk Maideen Kadir Shah; Yang Dipertua PSSCM cawangan Melaka merangkap Pengarah Program Pahlawan Melaka, Sham Mohd Ghani dan Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas.

Mohd Ali memberitahu, dengan terlaksananya program ini, maka ianya telah membantu negara dalam bersama-sama merealisasikan konsep 1Malaysia selain membuktikan rakyat Malaysia tidak pernah melupakan asal-usul dan keturunan serta budaya yang diamalkan oleh datuk, nenek dan moyang sejak dahulu.

Sehubungan itu tambahnya, program Pahlawan Melaka-Seni dan Inspirasi ini telah berjaya membongkar ilmu sejarah empayar Melaka mengenai dunia persilatan yang agung dan dapat diterjemahkan kepada masyarakat.

Program yang julung-julung kali diadakan ini melibatkan 17 persatuan silat dari seluruh negara termasuk dua persatuan dari Indonesia dan Singapura.

Persatuan silat yang mengambil bahagian adalah PSSCM cawangan Melaka, PSSCM Pusat, Pertubuhan Seni Silat Harimau Bentara Garang, Persatuan Seni Silat Lok 9, Persatuan Seni Silat Sendeng Campuran, Persatuan Seni Silat Anggerik Jingga, Persatuan Seni Silat Lian Padukan, Persatuan Nilaikalakki Silambam Melaka, Persatuan Seni Silat Warisan Hulubalang, Persatuan Seni Silat Gerak Pusaka, Persatuan Seni Silat Rajawali Putih, Persatuan Seni Silat Gerak Insan Seni Melaka dan Persatuan Seni Silat Gerak Tangkas Melaka.

Sumber http://www.melakahariini.com.my/sukan3ogos09.html