Pages


1 Silat - Unity in Diversity

Tuesday 29 September 2009

Rumah Terbuka Lok 9


Dijemput kepada semua ahli Silat Melayu Keris Lok 9 dan Silat Melayu dan pengamal seni beladiri secara umumnya di mana sahaja anda berada, untuk hadir ke rumah terbuka guru Azlan Ghanie, Pemegang Amanah Utama Lok 9 pada hujung minggu ini. Harap war-warkan kepada sahabat seperguruan.

Maklumat rumah terbuka
Tempat
Gelanggang Tok Merpati Jepang
d/a Pejabat Urusan Majalah Seni Beladiri,
6-1, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah,
53300, Kuala Lumpur

Tarikh
3 Oktober 2009

Waktu
11.00 pagi

* Sila berpakaian Melayu untuk memeriahkan suasana.

Wednesday 9 September 2009

Demonstrasi Lok 9 buat penerbit filem KL Samurai

Tontoni demonstrasi guru Azlan Ghanie dan cikgu Suhaimi ketika dijemput oleh penerbit filem KL Samurai dalam rangka kajian seni beladiri mereka. Turut hadir memberi persembahan ialah master Ruzaidi Abdul Rahman, master Haja Mohaideen, master Khairi Abdul Rahman.

Monday 7 September 2009

Apa kata orang mengenai guru Azlan Ghanie


From Satria Pusaka
"Azlan Jumat Abdul Ghanie or more popularly known as Azlan Ghanie was born on the 25th of December 1959, in Sungai Lembing, Kuantan, Pahang,Malaysia. His ancestors originated from the Melayu royalty family of Merpati Jepang in Sarawak, Malaysia.

"Born prematurely, he was often very sickly and needed personal attention from his parents. His late father disciplined him mentally and physically enabling him to become strong and independent and taught him various techniques of Senaman Tua, Silat and martial arts throughout his growing years.

"At the moment Azlan Ghanie is also journalist and had his own magazaine Seni Beladiri. A large members of practioners of Senaman Tua all over the world are proud to be a student of Azlan Ghanie with his remarkable words 'Just smile its easy"

From Zhong Ding
"Guru Azlan inherited his system of Silat Melayu Keris Lok Sembilan from his father. In addition to researching and perfecting his art, he publishes Malaysia’s premier martial arts magazine Seni Beladiri.

"Silat Melayu Keris Lok Sembilan is an art centred around the keris, the weapon symbolic of Melayu identity. Guru Azlan has been tireless in his efforts to promote this art and now has students throughout Peninsular Malaysia and in Holland and the UK.

"Guru Azlan is a quiet-spoken, gentle man whose humility belies the depth of his knowledge. He displays the same demeanour of quite confidence whether interviewing a respected Master of silat, teaching a class in his office “gelanggang”, or giving a talk on silat to a high-ranking group of government ministers.

Sunday 6 September 2009

Hari Keluarga Seni Beladiri 2010 - Mesyuarat 2

Seperti yang telah dicadangkan pada mesyuarat pertama pada 5 Ogos 2009 Hari Keluarga Seni Beladiri akan diadakan pada 9 - 11 April 2010 di Kuantan, Pahang.

Mesyuarat kedua akan diadakan pada 12 September 2009 untuk menubuhkan satu jawatankuasa penggerak program tersebut. Sokongan dari semua ahli amatlah diharapkan untuk menjayakan program dengan menampilkan diri menjadi ahli jawatankuasa pengerak.

Harap dapat menghadirkan diri atau hantar wakil untuk mesyuarat Hari Keluarga Seni Beladiri 2010 di pejabat SENI BELADIRI, jam 10.30am Sabtu ini (12 September 2009).

Saturday 5 September 2009

Lok 9 dalam buku Shadows of the Prophet


Buku Shadows of the Prophet: Martial Arts and Sufi Mysticism oleh D.S. Farrer mengisahkan perjalanan guru Yeop Ariffin Yeop Mahidin dalam menuntut Silat Melayu. Dalam pengembaraannya, beliau bertemu dengan guru Azlan Ghanie dan diperturunkan Silat Melayu Keris Lok 9.

Mukasurat di atas adalah ekstrak dari buku tersebut dan mengisahkan ciri-ciri Lok 9 seperti yang dikisahkan oleh guru Ariffin kepada penulisnya. Sila klik pada mukasurat tersebut untuk membaca teks yang terakam.